Tuesday, January 8, 2019

ACID MANTLE BAGUS UNTUK KULIT ???

Hai.. assalamualaikum
Selamat pagi ๐ŸŒž๐ŸŒž
Nah lama betul x tulis kat blog ni..
Dah tahap ๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ boleh buat sarang. hehe.
Azam 2019 nak start update semula blog ni..
Anda suka nak tahu tips-tips KECANTIKAN???
Tips-tips KULIT SIHAT?

Untuk hari ni saya nak share tentang ACID MANTLE?
Acid Mantle adalah satu lapisan yang mengandungi sebum, lemak dan beberapa asid seperti asid amino dan lain-lain dimana ia fungsi untuk melindungi sel-sel dan pembuluh darah dalam kulit serta menghalang lembapan kulit daripada hilang.

Acid Mantle mengekalkan pH 5.5 untuk membantu mengelakkan pembiakan bakteria berlaku pada kulit wajah.

Ia berada dikedudukan paling atas kulit Epidermis iaitu di atas Lapisan Stratum Corneum. 

Kedudukan Acid Mantle

pH Acid Mantle 4.5 - 5.5

KENAPA PERLU JAGA ACID MANTLE NI??

๐Ÿ“ŒMembantu untuk melindungi wajah daripada habuk, kotoran dan pencemaran serta ancaman daripada luar yang menyerang kulit wajah
๐Ÿ“Œ Membantu melindungi kulit wajah daripada kuman dan bakteria
๐Ÿ“ŒMembantu melindungi wajah daripada sinaran UV
๐Ÿ“ŒMenjaga proses penghasilan sel kulit wajah di malam hari
๐Ÿ“ŒMelindungi saraf, pembuluh darah dan sel dalam kulit wajah
๐Ÿ“ŒMelindungi kulit daripada alergic dan iritasi akibat produk perawatan wajah dan kosmetik

Perbezaan Acid Mantle yang sihat dan yang telah terganggu


BAGAIMANA UNTUK MEMASTIKAN pH KULIT KEKAL SEIMBANG???

๐Ÿ”† Menggunakan produk penjagaan wajah yang bersesuaian dengan jenis kulit
๐Ÿ”†Jangan sesekali menggunakan sabun badan untuk mencuci muka kerana pH nya akan merosakkan lapisan dan pH kulit wajah
๐Ÿ”†Menggunakan sunscreen di siang hari untuk melindungi acid mantle daripada kerosakan disebabkan pancaran UVA dan UVB
๐Ÿ”†Jangan melakukan proses 'exfoliation' ketika kulit kering
๐Ÿ”†Makan makanan yang sihat dan kaya dengan serat yang bagus untuk kulit dan tubuh badan

Sangat penting untuk kita memelihara Acid Mantle bagi memiliki wajah mulus tanpa masalah ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

I'm your trusted Mary Kay Independent Beauty Consultant.
Feel free to contact me.. I can be you Personal Beauty Consultant.


Template by:

Free Blog Templates